Insan Istimewa Memang Sukar Di Cari Ganti | Apabila 'kawan, teman, sahabat' adalah 3 perkataan yang sangat berbeza maksudnya. Tapi sangat beruntung seseorang itu jika memiliki seorang insan yang bukan sahaja bergelar kawan, pada masa yang sama dia lah teman, dan dia lah juga sahabat untuk kita. Sahabat yang baik bukan sahaja sentiasa di samping kita susah dan senang, malah dia sentiasa menghargai setiap apa yang kita lakukan. Ada kawan beribu di sekeliling pun belum tentu kawan itu akan ada waktu kita susah. Mungkin mereka pun sudah lupakan kita, tapi kita je yang masih terfikirkan tentang mereka ^^ Apapun doakan yang terbaik untuk mereka.
Kreativiti Orang Zaman Dahulu | Dua hari lepas ada satu mesej dari kawan masuk kat Whatsapp. Lepas baca tu, aku share pulak kat group lain. Rupanya dah ramai tahu, aku je baru tahu pasal ni.. kikiki. Kalau nak tahu pasal apa, cer baca kat bawah ni..
Kreatif betul orang dulu-dulu kan. Rupanya ayat-ayat buka gua tutup gua dalam cerita Ali Baba bujang Lapuk tu, bahasa Jawa. Memang tak puas tengok cerita ni, walaupun dah banyak kali ulang tayang.
Yes! Aku setuju yang part burger dalam gambar lebih menyelerakan daripada burger realiti. Sebenarnya bukan burger je, makanan lain pun ada jugak, macam ada satu tempat makan yang aku pergi, kedai tu ada jual bakso, perghh dalam gambar banner tu sedap sangat nampak, bila try rasa, tak macam dalam gambar pun. Mengecewakan. Tapi ada jugak nampak kedai yang biasa-biasa je, tapi makanan semuanya sedap-sedap. So tak boleh la nak judge sesuatu dari luaran je kan. Tengok luaran nampak ok, tapi bila try tak ok pulak. Pastu nak marah tuan kedai sebab iklan je lebih kan. Persoalannya, siapa yang beli?