Indeks Pencemaran Udara semakin meningkat. Jabatan Alam Sekitar mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya mengamalkan langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah :
Pesanan Ikhlas Jabatan Alam Sekitar Untuk Rakyat Malaysia
1. Melaporkan kes² pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol, 1-800-88-2727.
2. Penghidap penyakit² seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
3. Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk.
4. Kurangkan aktiviti² di luar rumah seperti sukan.
5. Sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
6. Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.
7. Sentiasa meminum air yang banyak, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
8. Menyalakan lampu kenderaan semasa memandu apabila keadaan berjerebu dan jarak penglihatan berkurangan.
Udara yang segar lagi nyaman yang kita sedut setiap hari adalah nikmat Allah yang tidak terhingga kepada kita. Bila terjadinya pencemaran udara (jerebu) sekarang ni, Allah dah tarik sikit nikmat tu supaya manusia ni beringat-ingat dan menjaga alam sekitar kita sebaiknya. Ini jugak adalah ujian untuk menguji tahap keimanan kita.
Ambil tahu tentang Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Di Malaysia untuk kebaikan kita bersama. Amalkan langkah berjaga-jaga bila keluar dari rumah terutamanya musim jerebu ni. Dah ramai yang pakai topeng muka (mask) sebab kes jerebu yang makin hari makin tinggi IPU bagi seluruh negeri di Malaysia.
Tahap pencemaran udara pada 15 September 2015 sehingga jam 9.00 am
(Sumber : Jabatan Alam Sekitar Malaysia)
|
Label Warna & Tahap pencemaran udara |