Assalamualaikum w.b.t,
Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang sudi singgah ke sini. Semoga sihat dan bahagia selalu di samping keluarga tersayang. Hari minggu ni lah kita nak luangkan masa dengan keluarga, lebih-lebih lagi bagi yang dah bekerja tu. Dari pagi sampai petang asyik mengadap kerja je kan, apa kata ajak keluarga keluar jalan-jalan masa cuti yang ada ni. Hilang sikit stress kerja tu, hihi
Bagaimana Anda Menyimpan Koleksi Handbag Di Rumah?
Wanita dan handbag memang tak dapat dipisahkan lagi. Memang sinonim sangat. Saya tak pernah lagi nampak wanita kat pasaraya atau kat pusat beli belah berjalan-jalan tanpa handbag. Bagi saya, zaman sekarang ni handbag bukan sahaja satu keperluan, tapi menjadi salah satu aksesori tambahan untuk wanita tampil lebih bergaya. Sekarang banyak sangat design handbag cantik-cantik yang dijual, boleh digunakan oleh pelbagai golongan untuk ke pelbagai majlis formal mahupun tidak formal.
Kalau ada satu dua handbag je, takde masalah rasanya nak simpan tu. Mungkin boleh selit-selit kat mana-mana dalam bilik kan. Tapi kalau 10 atau 20 jenis handbag? Kat mana nak letak tu? Haa inilah gunanya entri ini. Entri ni bukan nak review tentang Zalora atau Lazada yer :p Tapi saya nak share cara nak simpan handbag yang banyak-banyak kat rumah kita, supaya senang nak cari dan secara tidak langsung sesuatu ruang tu akan nampak lebih kemas dan tersusun.
Kat bawah ni terdapat beberapa jenis tempat penyimpanan handbag. Jom tengok satu persatu. Mungkin boleh bagi sedikit sebanyak idea di mana korang nak simpan koleksi handbag korang nanti.
Saya panggil rak ni jenis tangga pusing sebab rupa dia macam tangga pusing dalam tv. Rak jenis ni nampak ok jugak. Boleh gantung handbag yang pelbagai tu kat rak ni. Kelebihan rak jenis ni ialah kita boleh alih bila-bila masa dan letak kat mana-mana je. Kalau dah bosan letak kat situ, boleh letak kat sini pulak. Senang kan.
2. Handbag Hanger
Hanger jenis ni not bad. Senang nak ambil handbag dan letak semula. Mungkin boleh beli hanger jenis ni dan letak dalam almari baju.
3. Almari Handbag
Cara yang ketiga ni, dengan menyediakan almari khas untuk handbag kita. Costing sikit sebab kena beli almari baru kan, tapi kalau rajin, boleh buat sendiri almari tu, dan cat dengan warna pilihan. DIY dan jimat kos jugak.
4. Gantung di Dinding
Seterusnya, dengan menggantungkan handbag tu di dinding dalam bilik. Dalam masa yang sama, dah jadi hiasan dinding bilik tu sendiri. Suasana bilik pun jadi berbeza sikit. Cantik tak? hehe. Tapi pastikan tempat tu permanent sebab kita kena korbankan dinding tu nak kena tebuk letak paku dan sebagainya.
Selain tu, kalau ada curtain rods yang lebihan di rumah dan tak tahu nak letak kat mana kan, boleh guna curtain rods tu untuk gantung handbag jugak tau. Contohnya macam gambar kat bawah ni. Letak di belakang pintu supaya lebih tersorok sikit.
6. Kitchen Lid Rack
Last but not least, kat mana nak simpan purse pulak? Haa jangan risau, beli rak yang macam rak pinggan, atau memang rak pinggan pun :p Pastu boleh letak purse atas tu, macam gambar di bawah ni. Nampak tersusun kan? hehe
Okey lah, setakat ini sahaja tips dari saya tentang cara penyimpanan handbag yang bersesuaian dengan ruang. Bolehlah dipraktikkan di rumah ye :) Saya suka betul jenis rak yang first tu sebab nampak simple dan unik. Ada jugak cari kat kedai tapi tak jumpa lagi setakat ni, huhu
Moment Of Truth: Do Malaysians REALLY know their coffee?
Moment Of Truth: Do Malaysians REALLY know their coffee?
Tiada keluarga yang sempurna di dunia ni,
Malah tiada seorang pun yang sempurna,
Namun kita sentiasa berusaha untuk jadi yang lebih baik,
Walau beberapa hari tidak bertegur sapa,
Air yang dicincang tidak akan putus,
Mereka tetap keluarga kita.