Aku pernah terbaca kes seorang hamba Allah yang dijemput Ilahi sebelum sempat arwah delete gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di Facebook beberapa tahun lepas. Rohnya tidak tenang selagi gambar-gambar tersebut tidak di delete dari akaun. Rohnya datang menghantui si ibu.
Pewaris Facebook Kita Sekiranya Berlaku Kematian
Satu perkara yang aku baru tahu hari ni tentang aplikasi dalam Facebook. Sedang kita leka dengan laman sosial facebook hari ni, kita tak tahu bila ajal akan menjemput kita kan. Sekarang fb dah upgrade sikit aplikasinya. Rupanya kita boleh setkan siapa pewaris akaun fb kita. Tujuannya ialah selepas kita meninggal dunia, pewaris tersebut boleh delete mana-mana post atau gambar yang ternampak aurat dalam akaun kita.
Ikut langkah-langkah di bawah dengan merujuk gambar :
1) Buka akaun Facebook. Pergi ke Settings > Security
2) Pilih Legacy Contact
3) Lepas tu masukkan nama pewaris yang kita nak pada bahagian Choose a friend.
(Kalau boleh pilih la siapa-siapa yang kita percaya untuk jaga akaun kita)
Facebook akan hantar mesej kepada pewaris tersebut di Inbox.
Nota SF:
Aplikasi ni bagus sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga dan lagi bagus kalau kita sendiri kurangkan upload gambar yang tidak menutup aurat di mana-mana laman sosial selagi kita masih hidup ni :)
*Peringatan untuk diri sendiri juga
Credit Photo |
Merujuk kepada gambar di atas, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan diagihkan bermula 28 Januari 2016 bagi setiap kategori iaitu :
* Individu/Bujang yang berpendapatan RM2000 dan ke bawah
* Isi Rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah
* Isi Rumah yang berpendapatan RM3001-RM4000
* E-Kasih yang berpendapatan RM1000 dan ke bawah
Bagi yang belum membuat permohonan, masih ada masa lagi untuk memohon secara online atau melalui penghantaran borang sebelum 31 Disember 2015 ini.
Bagi yang tak pasti sama ada dah buat permohonan atau belum, rujuk gambar di bawah :
1. Klik pada 'PERMOHONAN BARU'. Kalau keluar dialog box macam gambar di bawah, maksudnya awak dah mohon sebelum ni.
2. Kalau dah memohon, pergi ke 'KEMAS KINI PERMOHONAN'. Kenapa perlu kemas kini?