Putus Terpaksa~Ziana Zain~
Aku baru tahu lagu Putus Terpaksa ni lagu lama. Lepas Siti Nordiana nyanyi lagu ni masa Final Gegar Vaganza 2 hari tu, gigih jugak la aku bukak Youtube cari penyanyi asal lagu ni, haha. One more thing, masa tengok persembahan Nana minggu yang awal² tu, memang aku dah agak Nana akan jadi juara. Biasanya instinct aku kuat dan jarang sekali tak tepat, hihihi *masuk bakul angkat sendiri*. Tahniah Siti Nordiana, Juara Gegar Vaganza 2. Biarlah dah lama pun, aku tetap nak wish jugak, haha. Ni gara-gara curi masa sikit nak taip panjang² malam ni. Siang keje, malam boleh layan blog kejap :)
Dan tak dinafikan, bagi aku Nana layak jadi juara sebab dia ambik risiko untuk nyanyi lagu ni ikut versi asal, key tinggi. Salute ! Memang la tak dapat lawan penyanyi asal, tapi masing² ada kelebihan yang tersendiri. Nana nyanyi lagu ni not bad lah, hehe
Lepas seminggu GegarVaganza 2 tamat, viral pulak kat fb satu video pasal seorang jejaka yang berasal dari Sabah dan menetap di Kuala Lumpur buat cover lagu Putus Terpaksa ni, haha, unik suara dia tau. Orang tua kata 'suara jantan'. Memang orang Sabah suara sedap² kan. Ex-roomate aku dulu orang Sabah bha, dia nyanyi memang tak dinafikan memang sedap. Lagi satu aku perasan orang perempuan Sabah cantik² kebanyakannya. Yang laki pulak aku malas je nak puji kat sini. haha
Tak pasal² aku layan Gegar Vaganza kali ni. Dulu mana ada aku tengok pun. Sape yang join pun aku tak tahu. Ni lah betapa kuatnya aura Siti Nordiana yang berjaya menarik aku untuk tengok GV ni. Dan tak pasal² bertambah koleksi lagu favorite ku :p
Okay, ni lah penyanyi asal lagu Putus Terpaksa, Ziana Zain. Siapa peminat lagu 90-an mesti kenal dia ni. Legend kot ! Dia nyanyi lagu key tinggi tapi relek je nyanyi sambil duduk, haha. Suara dia maintain sampai sekarang pun sama lagi. Kening dia tu memang da jadi trademark dah masa nyanyi. Kening terangkat sebelah.
Lagu² dulu memang best, berkualiti, lirik penuh makna. Lagu sekarang ni entahlah, kurang sikit, tak kena dengan jiwa aku, huhu. Tapi tak semua la. Lagu Potret, Mewangi.. tu favorite aku :)
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku
Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...
Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...
Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita
Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu
Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti
Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...