Sempena tahun baru ni, mood edit coding blog pun tengah ada, so aku buat sikit perubahan untuk www.syahidahfadilah.com ni. Just minor changes je. Tukar header, background dan warna tema blog. Kalau sebelum ni aku guna warna tema hitam + putih + sikit warna hijau. Sekarang untuk tahun 2016 ni, aku try guna warna pink pulak. Sebenarnya first time guna warna pink untuk blog tau, haha, bukan tak suka pink, cuma bagi aku warna pink ni sungguh ladies, hihi.
![]() |
Wajah Blog Kau Ilhamku 2015 |
Akhirnya, terhasillah wajah baru blog untuk 2016. Bertemakan warna pink + biru + krim. Simple je, takde bunga, cuma ada 'love' je satu kat header, hihi. Ada maksud yang tersirat di situ. Template blog masih sama, aku guna design classic template. Ingat nak tukar jugak template, tapi rasanya banyak yang kena tukar nanti, perlu masa setahun jugak kot kalau aku yang edit sendiri, haha. Kalau orang lain ni mesti kejap je dah siap kan :')
![]() |
Wajah Blog Kau Ilhamku 2016 |