Credit Photo |
Ketua ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 74, meninggal dunia kerana sakit tua di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, malam tadi. Isterinya, CheJaharah Awang, 56, berkata, suaminya meninggal dunia pada 8.30 malam tadi. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran rumahnya di perkampungan itu kira-kira 8 pagi tadi.
Ayah Pin yang juga pengasas kepada `Kerajaan Langit’ yang disenaraikan kumpulan ajaran sesat itu dikatakan menghidap angin ahmar sejak beberapa tahun lalu. Apa-apa pun, semoga dia sempat bertaubat dan kembali ke jalan Allah sebelum meninggal. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Tiada yang lagi berkuasa di dunia ini melainkan Allah SWT.