#7YearsAnniversaryGiveaway Dunia Zumal |
Klik banner untuk join. Giveaway tamat pada 30 November 2018 :)
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni nak share resipi Ikan Selar Kuning Masak Tumis Air, salah satu masakan di Terengganu. Tumis air ni kelihatan seperti asam pedas, tetapi tak sama sebenarnya, kerana asam pedas lebih pekat berbanding tumis air.
Resipi Ikan Selar Kuning Masak Tumis Air
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
Ikan selar kuning
6 batang Kacang bendi
Bawang merah-ditumbuk
Bawang putih-ditumbuk
5 sudu besar Cili boh
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Ajinamoto secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara memasak :
1) Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan bawang putih yang di tumbuk sehingga berbau wangi. Masukkan cili boh dan tunggu sehingga naik bau. Kalau di Terengganu, cili boh juga disebut sebagai lada lumat.
2) Selepas itu, masukkan air secukupnya. Masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga mendidih.
3) Kemudian masukkan kacang bendi dan ikan selar kuning. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa. Tunggu dalam beberapa minit.
4) Siap. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba :)