Alhamdulillah sudah genap 56 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, bebas dari penjajahan, harap-harap akan berpanjangan, amin..
Perkataan 'merdeka' ni sangat meluas maksudnya. Bukan sahaja bebas dari aspek fizikal, tetapi juga dari aspek mental dan jugak emosi. Generasi kita sekarang ni sangat bertuah sebab dilahirkan dalam negara yang merdeka, negara demokrasi, celik-celik mata je dapat makan sedap-sedap (bukan semua). Berbeza dengan negara Islam yang lain, yang sedang berperang untuk mempertahankan dan memperjuangkan agama dan tanah air. Negara-negara mundur dan miskin pulak, berjuang dan berusaha semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi, seteguk air. Bersyukurlah kita kerana masih dapat menghirup udara segar lagi nyaman.
Mungkin kita tak sedar, tokoh-tokoh pejuang negara sebelum ini, sanggup bersusah-payah berjuang untuk membebaskan tanah air daripada penjajah-penjajah. Betapa bahagia dan gembiranya penduduk Tanah Melayu pada ketika itu, bila Tunku Abdul Rahman melaungkan 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!'
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar keamanan yang kita capai sekarang ni akan berpanjangan untuk generasi yang akan datang. Hargailah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, salah satu caranya adalah dengan mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita sekarang ni, insyaAllah.
p/s: Cikgu kat sekolah dulu pernah cakap, 'generasi korang la yang akan menjadi pelapis mentadbir negara nanti, jadi, belajarlah bersungguh-sungguh mulai sekarang'. Kenapa cikgu ak kata macam tu? Sebab ilmu tu sangat penting, tanpa ilmu, dengan senangnya orang lain akan menindas dan mengambil kesempatan terhadap kita.