Bab 11 : November 2024
1 day ago
Sinopsis:
Mengisahkan Indah Harlina yang dianiayai oleh ibu dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisih oleh ayahnya sendiri Pak Halim. Tiada siapa yang mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga dengan Dato' Sofiya dan Indah bekerja dengan Dato' Sofiya sebagai PA.
Dato' Sofiya memberi Indah kasih sayang dan kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato' Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin. Anak sulung Dato' Sofiya menerajui perniagaan arwah suami Dato' Sofiya. Tajul Razin anak yang taat pada orang tuanya dan bagi dirinya mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya.
Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya dan bibit-bibit cinta mula lahir. Tajul Fahin anak kedua Dato' Sofiya ingin merebut cinta Indah. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya untuk memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur diri dan memberi peluang kepada Tajul Fahin kerana perubahan yang ditunjukkan Tajul Fahin.
Tajul Razin terpaksa melepaskan Indah tanpa kerelaannya dan Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin. Dalam kekalutan, Saiful bekas tunangnya muncul dan membuatkan hidup Indah menjadi huru-hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad mengembalikan Indah kepada abangnya Tajul Razin. Sehari selepas majlis akad nikah indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dan dia melarikan diri untuk mencari ketenangan dan disitulah dia berjumpa dengan Tajul Fahin dan Tajul Fahin menceritakan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu.
Disaat mengecapi kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan bahawa Indah mengandung. Ibu dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpalnya. Tajul Razin dan Indah akhirnya hidup bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan.