Okey, layan video terbaru jap dari MatLutfi & The Geng. Siapa yang tak kenal kan dengan anak muda ni, sangat popular kat Youtube. Seperti biasa, video MatLutfi ni selalu cerita tentang isu-isu semasa dan penuh dengan pengajaran. Video kali ni memang best tau, tajuknya "Benda-benda Melayu/Muslim Sebut bila Ramadan". Korang search je tajuk tu kat Youtube, terus keluar. Kalau taknak search, meh aku bagi terus video MatLutfi terbaru kat bawah ni.. haaaa
Selamat menonton yer :)
Biar aku jelaskan sedikit sebanyak apa yang MatLutfi nak sampaikan dalam video ni, mengikut pemahaman aku. Kalau aku salah, sila betulkan yer.
1. Rakaat terawih : 8 rakaat atau 20 rakaat?
Ada antara kita yang buat 8 rakaat, ada jugak 20 rakaat. So, tepuk dada, tanya iman, mana satu yang dapat lagi banyak pahala :)
2. Tempat terawih :
Ada orang sukakan imam yang membaca surah dalam solat terawih tu dengan pelbagai jenis bacaan (qira'at), contohnya bacaan Bayaati, ada jugak yang memilih imam yang membaca dengan tajwid yang bagus. Tak kurang juga ada yang suka imam baca surah-surah pendek supaya cepat habis. Ada?
3. Tarikh puasa : Kalendar atau anak bulan?
Sejak dulu lagi memang nak tentukan tarikh puasa ke, tarikh raya ke, kena tengok anak bulan dulu kan. Jawapan ustaz dalam video ni, cer teka apa jawapan dia? haaa
4. Mulut Kasturi :
Tengah-tengah syok tengok bola dan menjerit 'gol !!!!! " tetiba terbau pulak mulut orang yang berpuasa, pernah macam tu? Tapi sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada haruman kasturi di sisi Allah S.W.T.
5. Fenomena update status :
Ni tak kira lelaki atau perempuan, sama je sebenarnya. Contohnya, bila sampai ke surau, ada yang cepat-cepat update status "check-in surau" kononnya, tapi tak masuk pun. Patut tak macam tu? Ada jugak orang yang update status "Tarawih done" , "Tadarus done" , " Zikir done" , dan ayat-ayat yang sewaktu dengannya. Adoi, apa salahnya kalau amalan kita tu, biar kita dan Allah sahaja yang tahu, tak perlu lah nak bagitahu kat satu dunia kan.
6. Juadah berbuka
Bila pergi bazar je, rasa kalau boleh, semua benda nak beli dan semua makanan nampak sedap. Last-last angkut je semua, beli dan bawak balik rumah. Tapi bila dah berbuka, takde habis semua pun makanan yang kita beli tadi tu. Makan kurma sebiji, minum air, pun terus rasa kenyang. Ingatlah bahawa membazir itu kan amalan syaitan. #NoteToMyself
Nota SF:
Part yang paling 'best' masa yang perempuan berselfie lepas tarawih tu. Berselfie, pastu upload kat Instagram, twitter, facebook, dengan caption yang tersendiri. Hakikatnya itulah yang berlaku zaman sekarang, huhu. Apapun, video ni memang terbaik! :D
Boleh print dan tampal jadual waktu imsak dan berbuka puasa ni kat rumah. Kalau kat rumah aku, tampal kat tepi almari je, senang nak tengok. Bila tak dapat berpuasa dengan keluarga di rumah, takwim ni lah salah satu benda yang membuatkan aku rindu untuk berpuasa di rumah, sebab dah terbiasa dari kecil kalau bulan puasa mesti ada takwim :)