Mesti ramai yang berpusu-pusu beratur dalam 7Eleven bila ada 'Slurpee' percuma ni. Bukan selalu pun kan. Pihak 7Eleven pun ada buat satu pertandingan dimana peserta yang memuat naik gambar dengan gaya yang menarik akan menang hadiah. Maka ramailah rakyat Malaysia yang menyertai pertandingan tu dengan gaya dan aksi yang pelik² semata-mata untuk menang.
Sebenarnya bagi aku la kan, niat pihak 7E bagi air percuma tu untuk rakyat dah bagus dah, sangat murni niat mereka. Aku sokong tu. Semoga murah rezeki mereka. Tapi aku kurang bersetuju bila ada rakyat yang ambil air tu banyak², kalau minum sampai habis ok la kan. Tapi kalau tak habis, tak ke membazir namanya tu. Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitonnnn.
Lepas dah ambik banyak² tu, kalau dikongsi dengan kawan² adik beradik saudara mara tu, alhamdulillah. Tapi kalau ada yang sampai letak air tu dalam helmet, dalam dashboard kereta, tu memang.... aishh tak tahu aku nak cakap apa. Selera pulak dia nak minum. Aku nak tanya, kalau ada kawan korang offer air yang dia letak dalam helmet, korang lalu ke nak minum? haha.
Budak ni letak 'slurpee' dia dalam botol susu besar gedabak tu aku boleh terima lagi. Comel betul ! haha
Kalau yang letak dalam helmet ni memang aku takleh terima, sorry, haha :p
Bila dah ada pertandingan macam ni, aku tengok banyak sangat kesan yang sedang berlaku dan bakal berlaku. Aku tak cakap pun kesan buruk, tapi sedikit sebanyak apa yang dibuat tu pasti ada kesannya.
Aku sampai sekarang tak tahu sangat nama artis Korea ni, mungkin kenal rupa, tapi tak tahu nama, maklumlah aku bukan peminat fanatik diorang pun, kah3 :p Tapi ada la sorang dua yang aku minat. Antara artis Korea yang aku pernah minat dulu² termasuklah kumpulan Super Junior, 2PM, Lee Dong Wook (My Girl), Won Bin (Autumn In My Heart), Song Seung Heun (Autumn In My Heart).
Tu je kot, tak ramai pun, kalau ikutkan dalam list aku, tak sampai sepuluh pun. Walaupun aku tak minat sangat Korea ni, sebab kebanyakannya yang comel² cute² tu 'plastik' je, hehe, tapi at least ada la jugak aku kenal sorang dua sebab pernah layan drama best diorang time sekolah rendah. Kenangan betul ni, rindu waktu tu, huhu
Credit Photo |
Dan..
Part yang paling best, bila budak² sekolah kita pun tahu nama artis Korea wehh. Buktinya, tengok dalam gambar kat atas. Dorang buat ayat dalam exam guna nama artis Korea. Comel pulak dorang ni, hehe. Mungkin budak² ni selalu tengok cerita Korea kot, haha entahlahh, tak tahu nak cakap apa. Aku dulu kalau buat esei mesti ada nama Ali, Abu, Samad, Mamat. Kalau perempuan pulak nama Fatimah, Aminah, atau nama² yang biasa kita guna. Kuat betul pengaruh Korea ni kan, hehe
Apa pendapat korang tentang drama Melayu sekarang? Masih layan ke, peminat tegar atau memang tak tengok langsung dah sekarang? Aku ni dulu semua drama aku tengok, tak kira la drama Korea ke, Jepun ke, Thailand ke, Filipina ke, semua lahh, semua aku tengok, lagi² drama Melayu. Tapi bila umur dah makin bertambah ni, fikiran pun dah bertambah matang sikit (yeke matang? haha), perasaan untuk tengok drama tu dah berkurang hari demi hari, melainkan drama tu memang betul² best dan pelakon pulak tak 'kayu'.
(Gambar sekadar hiasan) |
Okay sekarang ni aku nak bebel pasal drama bersiri je, bukan filem atau apa² yang lain dari tu. Sebab aku memang dah betul² bosan tengok kebanyakan drama yang jalan ceritanya sama je. Bukan semua ye tapi kebanyakan. Kalau ye pun drama tu adaptasi dari novel, at least tak payah la pilih cerita yang sama je. Aku setuju dengan statement orang kat bawah ni :
Kalau dalam drama Melayu yang pukul 7 tu, macam biasa la, yang hero mesti anak datuk, yang heroin pulak orang kebanyakan. Pastu yang Datuk Datin pulak wataknya mesti sombong, tak suka bakal menantu la apa la. Haha, aku harap lepas ni kalau ada siapa² yang nak buat cerpen atau novel ke, tolong la buat cerita yang boleh ubah persepsi masyarakat pada Datuk Datin ni sebab lepas ni mungkin novel korang pulak yang bakal diadaptasi nanti.
(Gambar sekadar hiasan) |
Macam dalam drama terbaru Kau Aku Kita slot Lestari, watak datuk datin dalam cerita tu sebagai seorang yang humble, tak sombong, sebenarnya macam tu la hakikatnya sekarang. Watak datuk datin yang sombong tu bagi aku da lapuk sebenarnya, haha :p Ni baru aku cakap pasal watak datuk datin, tak masuk lagi bab lain. haih
Moralnya di sini, bukan aku je, tapi aku rasa semua penonton sekarang dah boleh agak apa ending sesebuah drama tu lebih² lagi kalau drama tu adaptasi dari novel. Aku tahu sebab aku pun dulu suka sangat baca novel Melayu. Tapi lama² naik bosan sebab jalan cerita semua novel kebanyakannya memang sama. Macam tu jugak perasaan aku dekat drama sekarang ni.
Aku taknak kondem drama Korea (buat masa sekarang). Kalau 'ter'kondem tu, maafkan saya ye fans of K-Pop, hihi :p
Kandungan Potassium (K) dan Magnesium (Mg) dalam petai boleh mengurangkan keinginan perokok tegar ni untuk merokok especially dalam kalangan lelaki. Perempuan mungkin ada tapi tak ramai sangat. Untuk makluman, ramai yang dah meninggal dunia disebabkan hisap rokok ni. Asap rokok yang disedut tu memudaratkan diri perokok itu sendiri, dan asap yang dihembus tu pulak boleh memudaratkan orang lain sekali. Kesian kan? Sedar tak sedar, orang yang tak bersalah pun jadi mangsa. huhu.
Perokok tegar ni sebenarnya kebanyakan dari mereka memang tahu hisap rokok ni banyak sangat keburukannya especially kepada organ dalaman mereka. Tapi mereka susah nak berhenti sebab ketagih dan jadi kebiasaan. Kawan² aku yang merokok memang ada, dorang pernah bagitahu kalau tak merokok sehari rasa tak senang. Perhh macam tu sekali ek keadaan mereka ni?
Aku selalu pesan kat kawan aku yang suka merokok ni, supaya jaga amanah Allah sebaik-baiknya. Anggota badan pun pinjaman sementara untuk kita. Jangan sampai lukakan diri sendiri, apatah lagi orang lain. Orang yang bunuh diri, gantung diri semua tu adalah berdosa besar di sisi Islam, itu memang kita semua tahu.
Tapi dalam situasi perokok ni, mereka dah tahu yang merokok boleh memudaratkan diri mereka sendiri. Mereka jugak tahu rokok boleh membunuh manusia dalam diam dan dalam jangka masa yang panjang. Adakah mereka tergolong dalam golongan yang tidak menjaga amanah Allah? Sama-sama kita renungkan dan dapatkan jawapannya dari orang yang lebih arif lagi bijaksana, hehe ^^
Kau Bagai Udara~Bahrain~
Jantung berdegup laju
Menangkis semua jawapan
Jika betul kau jemu
Terus teranglah dan berdepan
Susah untuk terima
Keputusan dari bicara
Cuma satu ku pinta
Cubalah fikirkan semula
(Korus)
Kau bagai udara bagiku
Dirimu ku perlu di dada
Sentiasa untuk bernafas
Pudar kiranya kau jauh di mata
Sesatlah di jiwa kerana kau yang ku cinta
Semua kesalahan tak berertinya sedemikian
Bila marah menjelma yang benar pun menjadi salah
Ini baru sekali kesilapanku sebegini
Aku layak terima diberi peluang berubah
(Ulang Korus)
Aku berjanji tak akan sia-siakan dirimu
Bukannya ingin mendedah kelemahan
Jauh di hatimu ku tahu masih tersimpan
Segala kenangan terindah
Segala perasaan cinta
(Ulang Korus)
Blogger² yang tersenarai sebagai Top Commenters Bulan Oktober 2015 dah pun dimasukkan ke dalam Bloglist Oktober, kecuali Monssdow Mon. Aku tak dapat nak jejak dia. Bila tengok kat profile Google+ pun takde maklumat apa², huhu.
Antara blogger yang tersenarai sebagai Top Commenters Bulan Oktober 2015 di blog www.syahidahfadilah.com ialah :
14. http://murnialysa.blogspot.com/
By the way, terima kasih semua sudi singgah walaupun dah banyak hari tak update blog sebab busy dengan konvo baru ni, hehe. Apa² pun jom terjah ke blog mereka dulu!
By the way, terima kasih semua sudi singgah walaupun dah banyak hari tak update blog sebab busy dengan konvo baru ni, hehe. Apa² pun jom terjah ke blog mereka dulu!
25 Oktober 2015 : Majlis Konvokesyen UTM ke-55
Entri ni merupakan entri penghargaan kepada semua yang aku sebutkan di bawah :)
Terima kasih mak & ayah.
Tanpa berkat doa mak ayah, tak mungkin aku dapat bergraduasi dan sudah pun menjadi alumni UTM sekarang ni. Mak & ayah adalah penguat semangatku untuk terus capai apa yang aku hajati.
Terima kasih rakan² Arcadia ku a.k.a SBEL.
Batch kita dikenali sebagai batch 'Arcadia' dalam kalangan warga Senibina Landskap yang ditubuhkan sejak tahun 2011 lagi. Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) di Dewan Seri Meranti, Kolej Rahman Putra, menjadi saksi perkenalan kita yang pertama. Macam² aktiviti dan program yang dah kita handle bersama bermula dengan aktiviti Brainstorming, Sportscape, MPG, Escape, Field Trip, Technical Trip, Seminar dan banyak lagi. Sesungguhnya kita dah macam satu keluarga. Walaupun kadang² kita tak sehaluan dan sependapat, ketahuilah bahawa itu yang menjadikan kita saling mengenali antara satu dengan yang lain. Gurau senda tangis tawa kita bersama selama 4 tahun dalam SBEL ni akan sentiasa tersemat di hati. Rindu lepak² dengan korang. Rindu nak tengok korang jamming kat studio ;')
Terima kasih geng² Chef H19.
Ika (mak), Wani (adik), Kak Mira (kakak), Zati (kakak). Tiap kali weekend kita akan masak sama² kat blok. Walaupun penat memasak, yang penting kita dah cipta satu memori indah bersama.
Terima kasih semua pensyarah Senibina Landskap.
Mereka banyak bagi semangat untuk kami teruskan dalam bidang ni ketika kami tengah berputus asa. Tidak lupa juga kepada semua pensyarah dari Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) yang pernah mengajar aku, guru² SMK. Manir, SK. Manir dan juga guru aku waktu tadika. Jasa² mereka sebagai pendidik sungguh tidak ternilai harganya.
Bermulanya hidup baru.
Kini berakhir sudah episod hidupku sebagai seorang pelajar. Banyak lagi cabaran yang perlu aku tempuhi lepas ni. Bagi yang sedang belajar, nikmatilah saat belajar korang sekarang ni. Bagi aku waktu belajar adalah waktu yang paling seronok. 'Kehidupan sebenar' bermula bila korang mula melangkah kaki keluar dari alam pembelajaran.
Terima kasih dah tahniah jugak kepada semua yang sedang baca dan berjaya habiskan entri ni. Sorry sebab dah curi masa korang beberapa minit! haha ;D