Assalamualaikum,
Tajuk bukan main panjang ehh, tapi lepas la baca dalam satu nafas je. Tak semput lagi kan, hehe. Entri hari ni tentang langkah-langkah mengisi minyak kenderaan di stesen minyak berdekatan. Sebenarnya tak penting pun stesen minyak tu jauh ke dekat, yang penting kita boleh isi minyak kenderaan sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Gituu.
Aku dulu pun tak pandai jugak nak isi minyak sendiri. Kat tempat aku ni kalau nak isi minyak motorsikal, selalu ada pekerja stesen minyak tu yang tolong isikan. Lagipun sekarang ni memang tak banyak sangat dah stesen minyak yang ada pekerja isi minyak. Semua kita kena buat sendiri. Aku mula isi minyak sendiri sejak bawak kereta. Nak taknak memang kena belajar jugak isi sendiri, sebab kalau takde pekerja kat situ takkan nak suruh orang kat kereta belakang yang isikan untuk kita :( Malu laaa..
Mula-mula tu aku ingat kan susah sangat nak isi minyak, tapi lepas dah cuba untuk pertama kalinya, aku pass la test ni. haha. Tapi aku bawak adik sekali, sebab dia dah biasa isi sendiri, so dia boleh ajarkan aku dan tengok kot-kot aku tersalah isi ke apa. Okey, saje je kan nak buat entri ni, mana tahu kalau-kalau ada jugak yang sama macam aku, yang mula-mula tu memang tak berani nak isi sendiri, hihi
Langkah-langkah Mengisi Minyak Kenderaan Di Stesen Minyak
Bila dah siap letak kereta kat sebelah pam minyak, perkara pertama yang kita perlu buat ialah matikan enjin kenderaan untuk mengelakkan kebakaran kenderaan. Jangan lupa matikan telefon bimbit juga.
Lepas tu :
1. Turun dari kenderaan, tengok nombor pam minyak tu. Tengok samada nombor 1/2/3/4 atau 5 dan seterusnya.
2. Terus pergi ke kaunter stesen minyak. Bagitahu lah cashier tu nombor pam minyak dan berapa ringgit awak mahu isi. (Bayar dulu baru isi)
3. Cashier tu akan setting, so kita tak perlu risau terlebih atau terkurang isi ke apa.
4. Pergi semula ke pam minyak tadi.
5. Buka tangki minyak kereta dulu (Kalau tak buka macam mana mau isi -.-)
6. Angkat nozzle dari tempatnya dan masukkan nozzle tu ke dalam lubang tangki minyak.
Nozzle |
7. Tekan nozzle yang macam pistol tu. Kalau tak tekan minyak tu takkan keluar. (Sambil tengok bacaan minyak pada pam)
8. Bila dah selesai isi, letak semula nozzle tu ke tempat asalnya. Jangan lupa untuk tutup semula tangki minyak.
Ok, dah boleh start enjin kereta dan gerak seperti biasa sambil senyum sebab dah boleh isi minyak sendiri dengan jayanya ^__^
Ok, dah boleh start enjin kereta dan gerak seperti biasa sambil senyum sebab dah boleh isi minyak sendiri dengan jayanya ^__^